Friday, May 9, 2008


Tips: Click on all of the images to get clearer view

Monday, April 28, 2008

Salam Kerahmatan, Kasih Sayang Dan Salam Perjuangan Buat Semua

Kami dengan berbesar hati menjemput sahabat sahabiah semua

ke Majlis Perkahwinan kami berdua pada 26 dan 28hb Mei 2008

ini.
Sahabat-sahabat boleh merujuk kepada kad yang kami

lampirkan bersama-sama di dalam blog ini.


Jemputlah hadir ke Kota Bharu ataupun ke Kuala Krai, ataupun

kedua-duanya sekali, InsyaAllah kehadiran sahabat-sahabat akan

kami nantikan dengan penuh mesra.


Semoga kehadiran sahabat-sahabat akan memeriahkan lagi suasana

majlis kami, Doakan juga agar kami kekal bahagia dan mampu

menempuh segala suka dan duka bersama hingga ke akhir hayat kami,

Ameenn.

Maafkan kami kerana tidak kecukupan masa untuk menghubungi

sahabat-sahabat
semua secara rasmi dengan kad yang bercetak.

Namun, apalah salahnya kita mengoptimumkan
penggunaan dunia

maya ini, 'blogsphere' untuk lebih bersifat pantas dan meluas.


Jazakumullahukhair.


Nazman bin Che Iberahim
+6 013 720 7883

Nurul Sujaihah binti Md Nordin
+6 013 767 4339

Jemputan Ke Kediaman Nurul Sujaihah





Niat dan Matlamat Pernikahan

credit to intim.wordpress.com

Setiap pasangan yang akan berkahwin hendaklah memasang niat-niat yang baik, sesuai dengan tujuan-tujuan perkahwinan yang telah digariskan oleh Islam, antaranya;

1. Membantu menyuburkan iman


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


"Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah: 71)


2. Ingin meramaikan umat Islam


Firman Allah s.w.t. bermaksud:


“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan yang membiakkan dari kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai.” (an-Nisa’: 1)

3. Membersihkan zuriat dalam keluarga Islam


Firman-Nya yang bermaksud:


"Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda Yang baik lagi halal; maka Patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara Yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah? "(An-Nahl: 72)


4. Menceriakan kehidupan umat


Seperti maksud firman Allah s.w.t.:


“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. " (ar-Rum: 21)


Jemputan Ke Kediaman Nazman






HIMPUNAN AYAT-AYAT Al-QURAN & HADIS TENTANG PERKAHWINAN

credit to latifi amir abdul kadir

1. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

2. Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

3. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

4. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

5. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

6. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

7. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

8. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

9. "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

10. "Isteri-isteri kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilahkebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki."(Al Baqarah: 223)

11. "Rasulullah S.A.W dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami ke atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya" (riwayat Al-Tabrani)

12. " Rasulullah S.A.W dalam hadisnya bermaksud, " Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.